Saya dan 3 orang kawan saya pergi mendaki di salah sebuah bukit berdekatan kampong saya. Kami membina khemah di satu tempat yang agak rata di tepi sungai. Setelah membina dua buah khemah, dan menghidupkan api, kami berbual, bergurau, menyanyi. Apabila penat dan mengantuk, kami terus ke khemah masing masing. Walaupun berada di dalam khemah, saya masih terdengar suara ketawa dari khemah sebelah. Lalu kami ketawa bersama. Kemudian saya saya berkata “ cukup lah ketawa tu, aku dah mengatuk nie. Jom tido” . Salah seorang dari mereka menjawap “ Bukan kitaorang lah” saya terkejut dan terduduk. Barulah saya perasan, ketawa tu datang dari arah yang bertentangan dari lokasi khemah mereka. Ketawa itu semakin lama semakin dekat. Tetapi hanya ketawa, tiada bunyi tapak kaki. Dan saya sangat pasti suara tu datang dari seorang perempuan.
Tiba tiba katawa itu berhenti. Kawan saya dari khemah sebelah menyatakan yang mereka mahu meninggalkan khemah. Dalam masa yang sama, situasi agak sunyi dan agak menyeramkan. Seperti ada yang sedang memerhati. Tiba tiba saya terdengar suara perempuan berbisik “ Belum tidur lagi ker?”. Suara tersebut betul betul sebelah saya menyebabkan saya menjerit dan mengarahkan kawan kawan saya lari bersama. Dari kejauhan, kami masih lagi terdengar suara ketawa mengilai . Selepas beberapa minit kami berlari, entah bagaimana kemi menemui jalan menuju ke rumah saya.
Ini adalah pengalaman yang agak seram bagi saya. Saya tak pasti siapa atau apakah bendanya itu atau apa yang “dia” mahukan?